Pengedar Emas yang dimiliki oleh CypherFS Network (002011658-H) dan diuruskan oleh saudara Fauzi Mohd Darus merupakan sebuah laman web yang menjual produk emas seperti gold bar, dinar emas dan juga barang kemas yang berketulenan 999 (24 karat) dan 916 (22 karat).
Harga jualan kami mengikut harga pasaran terkini seperti yang disediakan oleh syarikat pembekal iaitu GoldCrest Pavilion Sdn Bhd (GCP). Harga untuk setiap produk boleh dirujuk samada di Harga Terkini atau di laman web GCP – Kami Jual.
Produk emas yang kami jual adalah terdiri daripada gold bar 10g, 20g, 50g, 100g dan juga dinar emas seberat 4.25g. Selain daripada itu, kami juga ada menjual barangan kemas seperti rantai tangan dan rantai leher mengikut berat masing-masing seperti 5g, 10g, 20g, 30g, 40g, 50g dan 100g.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami secara terus di Hubungi Kami.

