
Harga emas yang meningkat dalam tempoh masa 5 tahun
Anda lihat orang di sekeliling sudah pun membeli emas. Ada yang beli dinar emas, bar emas, barang kemas, dan tidak lupa juga, akaun emas. Tetapi anda tertanya-tanya, perlukah anda mengikut jejak langkah mereka dengan membeli emas?
Untuk menjawab soalan tersebut, sudah semestinya saya akan katakan – YA! Anda perlu membeli emas. Berikut merupakan huraian kenapa saya berkata sedemikian…
1. Pelihara nilai mata wang
Sebab yang paling utama anda perlu membeli emas adalah untuk memelihara nilai mata wang yang kita gunakan sekarang. Setiap hari nilai mata wang yang kita gunakan semakin susut nilainya.
Sebagai contoh, duit RM1000 yang kita simpan di dalam bank pada hari ini, tidak akan sama nilainya pada 5 tahun akan datang. Walaupun dalam simpanan akaun bank menunjukkan angka RM1000, tetapi nilainya mungkin dalam RM700 sahaja jika dibandingkan pada masa sekarang. Nilai mata wang tersebut, telah susut dan berkurangan.
Tetapi jika duit RM1000 itu kita gunakan untuk membeli emas, kita telah pun memelihara nilai mata itu daripada terus jatuh. Malah kita juga akan dapat lebih keuntungan seperti yang saya akan terangkan dalam perenggan yang seterusnya.
2. Sebagai pelaburan
Setiap tahun, harga emas akan meningkat dan terus meningkat. Jika anda membeli emas pada waktu sekarang, keuntungan yang anda akan peroleh adalah berlipat kali ganda.
Seperti contoh di atas, jika duit RM1000 tadi anda gunakan untuk membeli emas, pada 5 tahun akan datang harga emas itu mungkin boleh mencapai RM2000, atau lebih. Anda bukan sahaja dapat pelihara nilai mata wang daripada susut nilai, malah anda juga boleh dapat keuntungan dengan membeli emas.
Tetapi, ingin saya ingatkan di sini bahawa emas adalah pelaburan jangka masa panjang. Anda tidak boleh beli emas hari ini, dan mengharapkan pulangan yang tinggi pada keesokan harinya. Cuma apa yang boleh saya katakan, lagi lama anda menyimpan emas, lagi banyak keuntungan yang anda akan peroleh.
3. Aset yang bernilai sepanjang masa
Emas merupakan satu aset yang sangat bernilai kerana ianya tidak boleh dicipta atau dimanipulasikan. Emas adalah emas, dan ianya akan tetap emas sampai bila-bila dan di mana sahaja.
Jika negara dalam peperangan, dan anda bawa emas ke negara lain sekali pun, masyarakat di sana akan tetap menerima emas yang dijual kepada mereka.
Berbeza jika anda membawa mata wang Ringgit Malaysia ke negara lain. Mereka sudah semestinya tidak akan menerima mata wang tersebut kerana ianya tidak boleh digunapakai dalam membuat sebarang transaksi jual beli di sana.
Tetapi jika anda ada emas, dan keadaan terdesak dan sangat-sangat memerlukan, anda boleh mencairkan emas anda bagi menukarkan emas itu kepada mata wang mereka.
Emas adalah lambang kekayaan yang sebenar. Tidak pernah lagi saya dengar orang yang memiliki emas adalah orang yang miskin.
Jika anda masih tertanya-tanya kenapa anda perlu membeli emas, baca semula artikel ini bagi mendapatkan jawapannya. Jangan berlengah-lengah lagi. Buat tempahan emas anda sekarang sementara nilai mata wang anda masih mempunyai nilainya.



[...] Jika anda bertanya kenapa saya memilih pelaburan emas dan perak, berikut merupakan petikan yang dambil daripada blog Pengedar Emas saya, Kenapa Anda Perlu Membeli Emas? [...]