Harga Emas Jatuh di Penghujung Tahun 2011

XAUUSDDaily-20111228
Harga emas di bawah paras 50 DMA dan 200 DMA

Harga emas turun dan naik setiap hari. Ada waktunya harga emas melonjak naik tinggi sehingga mencapai paras tertinggi pada bulan September $1920.80USD/oz tahun ini. Dan ada waktunya ianya jatuh sehingga paras terendah dicatatkan pada bulan Januari iaitu sebanyak $1307.88USD/oz.

Tetapi di penghujung tahun 2011 ini, harga emas dilihat menurun dan lebih rendah daripada paras harga 50 DMA dan 200 DMA. Ini menunjukkan sekarang merupakan waktu yang terbaik untuk anda membeli emas sebagai pelaburan atau simpanan, bergantung kepada matlamat anda.

DMA ialah Day Moving Average. Bermaksud purata harga emas dalam tempoh 50 atau 200 hari.

Rujuk rajah di atas. Pada 28 Disember 2011, harga emas ditutup pada $1553.15USD/oz. Dan harga 50 DMA adalah pada $1694.52USD/oz dan harga 200 DMA pula adalah pada $1627.48USD/oz.

Memang sukar untuk kita dapat lihat harga emas sebegini. Saya pun pertama kali melihat harga emas semasa berada di bawah paras 50 DMA dan 200 DMA ini. Kebiasaannya, harga emas semasa akan sentiasa meningkat dan berada di atas paras 50 DMA dan 200 DMA. Apabila situasi ini berlaku, ianya bermaksud harga emas adalah sangat murah.

Sekiranya anda ingin membeli emas, sekarang adalah waktu yang terbaik untuk membelinya. Jangan ditunggu lagi, buat tempahan anda sekarang sebelum harganya meningkat naik semula – Beli Emas.

Trackbacks

  1. [...] anda membaca artikel saya yang lepas, saya ada tunjukkan graf penurunan harga emas pada penghujung tahun 2011 yang lalu. Harga tersebut [...]

Speak Your Mind

*