Pelaburan dalam jongkong emas merugikan?

Pelaburan dalam jongkong emas merugikan?

pelaburan-dalam-jongkong-emas-merugikan
Klik gambar untuk dibesarkan…

Pada 30 Januari yang lalu, ada satu petikan akhbar tempatan mengatakan pelaburan dalam jongkong emas merugikan. Pelik bukan? Sepatutnya pelaburan jongkong emas menguntungkan. Tetapi artikel ini mengatakan ianya rugi.

Menurut penghantar artikel tersebut, emas seberat 100g yang dibeli dengan harga RM18,000 itu dijual balik kepada sebuah kedai emas terkemuka dengan harga yang tersangat rendah iaitu, RM15,400. Walhal pada ketika itu, harga emas semasa adalah RM19,800.

Beliau juga turut rasa tertipu dan terkilan kerana untung pelaburan emas yang dibayangkan lenyap. Malah beliau terpaksa menanggung kerugian daripada hasil jualan semula emas tadi.

Seterusnya…

Harga Emas Jatuh di Penghujung Tahun 2011

Harga Emas Jatuh di Penghujung Tahun 2011

XAUUSDDaily-20111228
Harga emas di bawah paras 50 DMA dan 200 DMA

Harga emas turun dan naik setiap hari. Ada waktunya harga emas melonjak naik tinggi sehingga mencapai paras tertinggi pada bulan September $1920.80USD/oz tahun ini. Dan ada waktunya ianya jatuh sehingga paras terendah dicatatkan pada bulan Januari iaitu sebanyak $1307.88USD/oz.

Tetapi di penghujung tahun 2011 ini, harga emas dilihat menurun dan lebih rendah daripada paras harga 50 DMA dan 200 DMA. Ini menunjukkan sekarang merupakan waktu yang terbaik untuk anda membeli emas sebagai pelaburan atau simpanan, bergantung kepada matlamat anda.

Seterusnya…