Apa Itu Emas?

Apa Itu Emas?

Emas merupakan salah satu unsur logam yang mempunyai nombor atom 79 dalam Jadual Berkala Unsur dan disimbolkan sebagai, Au. Perkataan emas atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai gold diambil dari perkataan Old English yang bermaksud, yellow atau kuning. Simbol Au nya pula diambil dari perkataan Latin iaitu Aurum, yang bermaksud “senja yang berkilauan”.

Di dalam Jadual Berkala Unsur, emas berada dalam Kumpulan 2 (logam bumi beralkali), bersama-sama dengan unsur logam yang lain seperti perak, dan kuprum, dan ianya terletak dalam Kala 6 di antara unsur Platinum dan Merkuri.

Sifat-Sifat Emas

Emas mempunyai sifat “logam pengalir” di mana ia boleh mengalirkan haba dan elektrik dengan baik. Disebabkan itu, emas sesuai digunakan dalam penyaduran komponen-komponen elektronik kecil seperti mikrocip dan alatan komputer kerana sifatnya sebagai logam pengalir yang mudah lentur dan lembut. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang emas yang mempunyai 1 meter panjang dan 1 meter lebar.

Warna kuning emas yang cantik dan menawan juga menjadikan ia sebagai sebuah logam yang berharga seperti perak. Kebiasaannya, emas digunakan sebagai barang kemas dan perhiasan bagi wanita seperti cincin, gelang dan rantai.

Jenis-Jenis Emas

Emas terdiri daripada beberapa jenis yang diklasifikasikan mengikut ketulenan emas. Nilai ketulenan emas ini dinamakan sebagai Karat.

Nilai Karat emas bergantung kepada berapa banyak unsur emas yang terdapat dalam emas tersebut. Semakin tulen emas, semakin tinggi peratusan unsur emas di dalamnya, dan semakin tinggi nilai Karat emas itu.

Berikut merupakan nilai Karat dan peratusan unsur emas yang terdapat dalam sesuatu emas.

  • 24 Karat – Mempunyai 99.9% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dikenali sebagai emas 999 atau emas tulen. Contoh adalah seperti bar emas, dinar emas.
  • 22 Karat – Mempunyai 91.6% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dikenali sebagai emas 916 yang biasanya digunakan sebagai barang kemas.
  • 18 Karat – Mempunyai 75.0% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dinekali sebagai emas 750.
  • 14 Karat – Mempunyai 58.5% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dinekali sebagai emas 585.
  • 9 Karat – Mempunyai 37.5% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dinekali sebagai emas 375.
About Fauzi Mohd Darus

Merupakan pengasas dan pemilik CypherFS Network. Seorang blogger, usahawan offline/online, dan merupakan seorang pelabur emas dan perak fizikal. Sedang menceburi diri dalam bidang pelaburan hartanah.

Speak Your Mind

*