Lebih kurang 4 jam yang lalu, pemilik GoldCrest Pavilion Sdn Bhd, En Shamsul Anuar Md Ali baru sahaja mengumumkan bahawa cawangan kedai emas GCP telah dibuka di Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, promosi sempena pembukaan sedang dijalankan di kedai tersebut. Kepada anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur, bolehlah mengunjunginya di alamat berikut,
No 47, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Tasik Permaisuri 56000 Cheras (sebelah Arrahnu Exchange)
Syabas dan tahniah kepada pihak GCP atas kejayaan membuka cawangan mereka yang pertama. Semoga para dealer akan mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi perniagaan emas mereka disamping mendidik masyarakat umum tentang kepentingan menyimpan emas sebagai aset bernilai.






